Selamat Datang ke Sistem eAduan Lembaga Pembangunan Langkawi

Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif, ianya untuk menyediakan satu medium menerima aduan dan maklumbalas melalui internet daripada orang ramai. Semua aduan akan disiasat dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.



Aduan Baru

Sila gunakan ruang ini untuk membuat aduan baru. Pastikan anda memberikan sebanyak mungkin maklumat untuk memudahkan pihak kami menghubungi and serta memudahkan tindakan diambil. Sekiranya anda ingit mengemaskini aduan terdahulu, sila gunakan ruangan di sebelah kanan anda.

Semak Status Aduan

Sila gunakan ruangan ini untuk menyemak kesemua aduan yang dibuat oleh anda.






TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA ADUAN AWAM LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

Aduan Awam adalah aduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salahlaku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya. Pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran Kerajaan dalam konteks ini, LADA.

Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Di Terima

  1. Perkara-perkara di bawah bidang kuasa :
    • Jawatankuasa Kira-Kira Awam
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
    • Biro Bantuan Guaman
    • Polis Di Raja Malaysia
  2. Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan
  3. Masalah keluarga/peribadi
  4. Tuntutan berbentuk Civil antara individu/syarikat
  5. Surat Layang, Blog


PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :- Menerima, mengurus dan memberi maklum balas semua aduan awam berkaitan Lembaga dalam tempoh lima (7) hari bekerja.


CARA-CARA MEMBUAT ADUAN

Laman Web - www.lada.gov.my
Telefon - 04-9667186/87 Faks - 04-9661940
Menulis surat - Unit Khidmat Korporat, Lembaga Pembangunan Langkawi Tingkat 7, Kompleks LADA 07000 Kuah, Langkawi
Borang Aduan - Aras Konkos, Kompleks LADA 07000 Kuah, Langkawi
Email - support@lada.gov.my